Subscribe News Feed Subscribe Comments

20100708

WHAT ?

apa dah jadi blog ni ? jadi sampah tepi jalan korang buat . haram jadah tk wt pape -,-

20100315

MAWARKU

salam sejahtera , aku nak sajikan coretan mak aku yang tak seberapa ni , harap korang dapat pengajaran dari coretan ini , sekian , terimas

Kisah ini berkisar sekitar empat dekad yang lalu. Ia memaparkan kisah adikku, Mawar. Mawar boleh dikatakan gadis yang cantik, berkulit kuning langsat dan berkaca mata. Mawar ini tidaklah seberapa pandai dan tidak pula berminat untuk menyambung persekolahannya ke peringkat yang lebih tinggi. Mawar menamatkan zaman persekolahannya di Tingkatan Tiga sahaja kerana mendapat pangkat C, walaupun ketika itu Mawar boleh meneruskan persekolahannya.

Mawar lebih berminat berbudi kepada tanah dan lebih suka kehidupan sehariannya bertemankan sebatang cangkul. Mawar sungguh bahagia menjadi petani moden. Mawar menanam pelbagai tanaman seperti ubi kayu, pisang dan beberapa jenis sayuran.....Hasil tanaman tersebut Mawar hulurkan sedikit kepada ibu, membeli pelbagai barang kesukaannya dan membeli cincin, rantai emas serta tidak lupa menabung wang tersebut.

Dalam pada bertani, Mawar tidak melepaskan peluang mengikuti Kursus Jahitan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat, di Larkin, Johor Bahru, di Pusat Belia Negara, Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor. Mawar juga ada mengikut Kursus Menternak Ayam di Air Hitam, Kluang, Johor. Sayangnya, walaupun mengikuti beberapa kursus tetapi Mawar tidak mengaplikasinya, Adakala dia mengambil tempahan menjahit telekung sekiranya ada permintaan.

Selang beberapa tahun, adik-adik Mawar pun mendirikan rumah tangga, namun Mawar masih membujang. Orang-orang keliling berkata.... jodoh Mawar liat, beberapa orang lelaki masuk meminang, selalu aje tak jadi. Kononnya Mawar dikenakan pelalau... ada juga yang mencadangkan agar Mawar mandi bunga untuk buang sial. Kononnya!!!. Aku langsung tidak mempercayai perkara khurafat sedemikian. Aku yakin suatu hari nanti, jodoh Mawar akan sampai juga....ini semua ketentuan ALLAH..walau apa-apa pun, ibuku selalu berdoa agar Mawar ditemukan jodoh dan juga berusaha untuk mencarikan jodoh yang terbaik buat Mawar.

Memandangkan Mawar tiada apa-apa komitmen, kakakku Mazni yang tinggal di Shah Alam dan bekerja di Kuala Lumpur telah mempelawa Mawar untuk tinggal dengannya untuk membantu menjaga anak-anaknya yang masih kecil. Atas nasihat ibuku, Mawar menerima pelawaan Mazni.

Setiap hujung minggu Mazni dan suami akan ke pasar dan membeli barang-barang keperluan dapur seperti ikan, sayur-sayuran dan bermacam-macam lagi untuk kegunaan semingguan. Mawar ni pula tidak berapa pandai dalam mengagak untuk memasak...dia pakai belasah aje. Kadang-kala ikan bawal yang sepatutnya dimasak dua ekor tetapi dia telah memasak empat ekor. Dia selalu memasak dalam kuantiti yang banyak. Kerap kali makanan dibuang kerana tidak boleh dihabiskan walaupun kekadang makanan yang tidak habis itu diletakkan ke dalam peti sejuk, selama manalah kita boleh makan makanan yang masuk angin. Bukan sekali dua Mazni menegur mawar.... mawar tetap membuat perkara yang sama, namun kata-kata Mazni ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kadang-kala akibat kurang sabar, Mazni dengan nada suara yang tinggi dan dengan pelbagai perkataan yang kurang enak memarahi Mawar. Kasihan Mawar...dia selalu menulis apa yang berlaku kepadanya, di dalam buku hariannya.

Sehinggalah satu ketika Mazni telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana [Master] di United Kingdom dan Mawar diminta balik ke kampung. Kebetulan pula, pada masa yang sama, adikku Mira memerlukan seseorang untuk menjaga anak-anaknya, maka Mawar menawarkan diri untuk tinggal dan menjadi baby sitter kepada anak-anak Mira pula. Mira adalah adik kepada Mawar. Perangai lamanya dibuat lagi di rumah Mira....Mira selalu menegur perangai Mawar dan kadang-kala mereka bertegang urat dan akulah menjadi orang tengah dalam pertikaman lidah jika Mira meminta aku menasihat Mawar...Mawar dan Mira tidak bertegur sapa walaupun tinggal sebumbung. Mawar mempunyai satu lagi tabiat. Mawar tidak suka makan berjemaah, dia lebih suka makan sendirian dan kadang-kala dia gemar membawa makanan dan minuman ke dalam bilik tidur. Walaupun beberapa kali ditegur oleh Mira, Mawar terus dengan sikapnya yang susah berubah... maklumlah yang menegur dia tu berpangkat adik.

Satu lagi perangai Mawar ni seperti budak-budak. Kemungkinan kerana kurang percampuran, pemikiran Mawar kadang-kala seperti keanak-anakan. Kalau Mira menegur Mawar, Mawar selalu berkecil hati dan berasa rendah diri dan dia selalu berkata “maklumlah akak ni tidak bekerja, tidak pandai, macam-macamlah kau orang tuduh akak”.

Mawar tinggal di rumah Mira agak lama juga sehinggalah anak-anak Mira telah mula bersekolah rendah dan ketika itu Mira mengatakan bahawa dia tidak memerlukan khidmat Mawar lagi. Mawar dengan hati yang berat membawa diri jauh ke Negeri Pahang. Mawar menumpang tinggal di sekolah pondok, belajar agama dan mendalami pembacaan Al-Quran. Mawar kata dia bahagia tinggal di sana ketika membalas surat yang kadang-kala aku utuskan kepadanya. Sekiranya berkesempatan, aku menghubungi Mawar melalui telefon jirannya.

Mawar seorang yang peramah. Mawar mempunyai ramai kenalan dan kakak angkat, di Pahang. Setelah beberapa tahun tinggal di Pahang, salah seorang kakak angkat Mawar telah mengenalkan Mawar dengan seorang duda beranak empat. Mawar memaklumkan kami adik-beradik bahawa dia ingin berumah tangga dan memohon restu serta persetujuan kami.

Sebenarnya adik-beradikku tidak berapa setuju dengan calon pilihan Mawar, tetapi memandangkan Mawar berkeras mengatakan Abdul Jalal adalah seorang yang bertanggungjawab, baik hati, prihatin dan bermacam-macam lagi...dan yang tidak sedapnya dia mengatakan....”kalau saya tak kawin sekarang, sampai tualah saya tidak kawin”...oleh kerana mawar beriya-iya sangat, kami pun bersetuju dengan hasratnya itu.

Majlis pernikahan Mawar dan Abdul Jalal telah berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan majlis kenduri pula diadakan di rumah kakakku Mazni, manakala di pihak lelaki pulak, kakak angkat Mawar telah berbesar hati menawarkan rumahnya di Rancangan FELDA Mayam untuk mengadakan majlis kenduri bagi meraikan perkahwinan Mawar dan Abdul Jalal. Setelah majlis kenduri selesai, kami singgah ke rumah suami mawar. Kesian sungguh, rumahnya sangat daif. Apa tidaknya rumah tersebut adalah rumah asal yang diberikan oleh FELDA untuk peserta-peserta FELDA dan aku rasa rumah tersebut tidak pernah ditambah ataupun dibaik pulih..... Mawar yang telah biasa tinggal dengan ibuku di rumah yang agak besar, sekarang ini terpaksa menduduki rumah yang agak sempit,yang cuma mempunyai satu bilik sahaja bersama suami tercinta dan anak-anak tirinya. Walau apa-apa pun melihat daripada riak wajah Mawar, dia begitu yakin dan redha serta pasrah terhadap apa yang telah ditentukan kepadanya.

Sekali-sekala sekiranya aku dan keluarga ke Jerantut, Pahang mengunjungi keluarga Pembantu rumahku, kami menziarahi Mawar dan keluarganya. Mawar gembira dengan kehadiranku, Setiap kali kehadiranku di rumah Mawar, suami Mawar jarang ada walaupun Mawar telah memaklumkan kedatanganku. Walau bagaimanapun, Mawar dengan besar hati menyajikan hidangan tengah hari untuk kami sekeluarga. Setelah berbual serba sedikit dengan Mawar, aku memohon diri untuk beredar. Aku tidak lupa untuk menghulurkan sedikit wang untuk Mawar. Mawar terharu dengan pemberianku yang tidak seberapa.

Syukur Alhamdullilah.....walaupun Mawar berkahwin dalam usia yang agak lewat iaitu 40 tahun, namun beliau telah dikurniakan zuriat seorang anak lelaki yang bernama Muhammad Anwar. Kadang-kala, Mawar menulis surat memaklumkan aku bahawa dia gembira dengan suaminya dan kehidupan mereka bahagia.

Kita manusia hanya merencana, tetapi Allah jua menentukan segalanya. Jodoh Mawar dengan Abdul Jalal tidak panjang. Genap empat tahun melayari bahtera rumah tangga, badai melanda rumah tangga mereka. Mawar yang pernah mengatakan bahawa suaminya seorang yang baik, bertanggungjawab dan bermacam-macam lagi, rupanya hanya lakonan sahaja kerana ingin memiliki Mawar. Tembelang Abdul Jalal pecah, rupa-rupanya hobinya suka minum dan bersembang di kedai kopi berjam-jam, berjudi, lupa isteri, lupa rumah tangga, suka berhutang. Barang-barang dapur selalu kehabisan. Kerjanya yang sepatutnya mengambil dan memungut kelapa sawit telah diupah kepada orang untuk melakukannya. Kalau tidak cukup duit, Mawar kerap menjadi mangsa kemarahannya dan pernah beberapa kali Mawar dipukul kerana tidak dapat duit yang diminta ... Telah lama Mawar bersabar dengan perangai buruk Abdul Jalal. Oleh sebab tidak dapat bertahan lagi, Mawar telah melaporkan kelakuan buruk suaminya kepada Ketua Kampung dan Ketua Kampung menasihatkan Mawar membuat aduan kepada Pejabat Agama.

Akhirnya, setelah beberapa kali berulang-alik ke Pejabat Agama dan naik turun Mahkamah Syariah, maka bercerailah Mawar dengan Abdul Jalal dan Mawar tidak membuat sebarangan tuntutan terhadap Abdul Jalal.

Setelah perceraian, maka pulanglah Mawar dan anak kecilnya ke Johor Bahru, Johor. Pada mulanya Mawar menumpang tinggal dengan Mazni untuk beberapa ketika. Mazni yang aku kenal memang seorang garang dan panas baran orangnya, sementelahan pula dia telah ketiadaan suami. Entah di mana silap agaknya, Mawar telah diminta keluar dari rumah Mazni...Aku pun tidaklah menanyakan Mawar apa sebabnya.

Oleh sebab tiada tempat untuk menumpang, kakakku Mia telah mempelawa Mawar dan anaknya tinggal bersama. Mia seorang balu dan mempunyai dua orang anak yang telah dewasa, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Anak sulong Mia telah pun berumah tangga dan tinggal berasingan. Rumah Mia mempunyai tiga bilik, maka tinggallah Mawar dan anaknya di bilik kecil di sebelah belakang rumah Mia sehingga sekarang.

Sekarang ini anak Mawar yang bernama Muhammad Anwar berumur 12 tahun dan akan menduduki peperiksaan UPSR hujung tahun ini. Mawar tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap tetapi kerana Mawar seorang yang rajin dan demi menyara anaknya, Mawar sanggup mengutip dan mengumpul bahan-bahan terbuang [recycle] untuk dijual, selain daripada mengambil tempahan menjahit telekung.

Untuk menambah sumber kewangan, Mawar bekerja sebagai Pencuci Pejabat di Sekolah yang berhampiran dengan rumah kakakku Mia dengan bergaji hari. Setiap bulan Mawar mendapat Bantuan makanan daripada Baitulmal. Anaknya pula mendapat bantuan buku teks sekolah dan sedikit bantuan kewangan. Anak Mawar seorang yang pintar dan selalu mendapat tempat teratas di dalam kelasnya.

Aku doakan agar Muhammad Anwar akan mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR pada hujung tahun ini.

Aku pernah juga bertanya kepada Mawar, tidakkah dia berhasrat untuk mencari pengganti kepada bapa Muhammad Anwar, katanya “ tengoklah dulu, kalau ada rezeki dan kalau ada jodoh saya tidaklah menolak”.

Pada bulan Jun tahun lalu, aku mendapat tahu bahawa abangku Azman dan isterinya Asmah telah mendapat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji untuk menunaikan HAJI. Tiba-tiba muncul ilham dimindaku ingin mencadangkan agar Mawar ke Makkah bersama abangku, lantas aku menelefon abangku, Azman menanyakan sama ada beliau sanggup membawa Mawar ke Makkah, sekiranya Mawar diberi peluang untuk ke sana. Abangku telah bersetuju. Lalu aku menelefon Mawar dan menanyakan adakah beliau bersedia untuk ke Tanah Suci kalau diberi peluang. Mawar menjawab bahawa dia bersedia. Lalu aku meminta Mawar menambahkan tabungannya dan mendaftar di Tabung Haji dengan kadar yang SEGERA. Tanpa berlengah, Mawar melaksanakan perkara yang aku maklumkan kepadanya.

Setelah menghubungi pihak Tabung Haji untuk bertanyakan beberapa perkara dan mendapatkan kepastian, aku terus menge-mel cadanganku kepada semua adik-beradikku untuk bertanyakan sama ada mereka bersetuju dengan cadanganku dan sekiranya bersetuju aku memohon mereka memberi sumbangan RM1,000 seorang dan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun Tabung Haji milik Mawar. Alhamdullillah semua adik-beradikku bersetuju dengan cadanganku ini.

Setelah itu, tanpa berlengah aku terus membuat surat rayuan untuk memudahkan Mawar ke Tanah suci mengikuti Abangku Azman sebagai muhramnya.

Mawar telah melakukan Solat Taubat, Solat Hajat dan pelbagai jenis Solat-solat sunat serta berdoa di sepanjang bulan Ramadhan. Syukur Alhamdulilah surat rayuan tersebut telah diluluskan oleh pihak Lembaga Tabung Haji. Aku telah memaklumkan Mawar perkhabaran gembira ini kepada Mawar dan memintanya bersiap sedia untuk ke Makkah.

Mawar terlalu gembira dengan perkhabaran ini dan menunaikan Solat Sunat Syukur. Mawar tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua adik-beradikku atas bantuan dan kerjasama mereka sehingga membolehkannya ke Makkah bersama abangku Azman.

Sebelum ke Makkah, Mawar memohon keizinan kakakku Mia untuk mengadakan kenduri Doa Selamat di kediamannya. Mawar menjemput adik-beradikku, keluarga angkatnya serta kawan-kawan. Mawar juga tidak lupa menjemput anak-anak yatim ke majlis kenduri berkenaan.

Ramai orang yang hadir ke kenduri doa selamat tersebut. Pelbagai sajian disediakan. Tetamu-tetamu yang hadir mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar Mawar selamat pergi dan balik serta mendoakan agar Mawar memperoleh HAJI YANG MABRUR. Rezeki Mawar melimpah ruah selepas kenduri. Apa tidaknya, wang hadiah daripada hadirin mencecah RM4,000 manakala wang rial pula sebanyak Rial 600.

Beberapa tahun yang lalu, Mawar pernah memohon bantuan Rumah Rakyat Termiskin oleh Baitulmal. Kebetulan di kampung, Mawar miliki sekeping tanah hasil daripada pembahagian tanah adik-beradikku. Dalam kesibukan bersiap untuk ke Makkah, Mawar telah dimaklumkan bahawa rumah tersebut akan dibina dalam masa terdekat....Mawar bersyukur kerana rumah tersebut telah mula dibina beberapa minggu sebelum Mawar bertolak ke Makkah. Kemungkinan rumah tersebut akan siap apabila Mawar pulang dari Makkah nanti.

Tiba masa yang ditunggu-tunggu, Mawar pun berangkat ke Makkah bersama abangku Azman dan isteri.

Setelah lebih kurang 56 hari berada di Makkah, Mawar dan abangku serta isterinya pulang ke Malaysia. Aku dan keluarga pulang ke kampung untuk menziarahi mereka. Mawar menghadiahkan aku dan anak-anak dengan cenderamata yang dibelinya.

Aku senantiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan adikku dengan anaknya dalam menjalani kehidupan yang penuh liku dan pancaroba ini.

Semoga Allah memberi rahmat dan memelihara Mawar dan buat Muhammad Anwar, Aku sering berdoa agar dia menjadi anak yang soleh dan rajin serta tekun belajar agar mendapat kejayaan dalam peperiksaan UPSR dan seterusnya dalam peperiksaan-peperiksaan lain.

Aku selalu mendoakan agar suatu hari nanti, Muhammad Anwar akan menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai seorang isteri yang dapat sama-sama menyayangi Mawar seperti Muhammad Anwar menyayangi ibunya serta menggembirakan Mawar serta dapat memelihara Mawar pada hari tua sebelum Mawar menutup mata nanti..

Percayalah...ALLAH sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar... kalau dahulunya Mawar hidup dalam kesusahan...sekarang telah kelihatan sinar dalam kehidupannya dan siapa tahu pada masa akan datang Mawar akan lebih-lebih lagi dilimpahi kesenangan....Insya-Allah.

WASSALAM....

20100309

HOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOYYYYY !
bosannya weyh tade update

oke , aku nak tanya , siapakah yang kalian pilih menjadi pemenang pemain gitar di rembau ?


20100211

Organisasi 3Bijaksana 2010

Salam w.b.t , salam ukhuwah fillah .

Malas nak merepek panjang panjang .

Guru Kelas : Puan Siti Sara / Ustaz Nasir
Ketua Kelas : Assyamril
Penolong Ketua Kelas : Syahirah Farhanah
Setiausaha : Noor Amalina
Bendahari : Amalia Rahaina

AJK Keceriaan : Khairunnissa
AJK Kebersihan : Farah Afiqah
AJK Disiplin : Nurul Nadia

AJK Akademik :

Bahasa Melayu :
Bahasa Inggeris :
Matematik : Muhamad Fadhli
Sains :
Agama Islam : Muhd Shahmi
Kemahiran Hidup
Sejarah : Nur Fatiha
Geografi : Nudra Shafini
PJK :

*bahagian yang tak lengkap , sila tekan butang edit post .

Pelajar 3 Bijaksana Tahun 2010 [ PMR's candidates ]

Nurul Nadia binti Razali
Noor Amalina binti Aziz
Hanis Nabilah binti Abdul Mulop
Siti Sarah Liyana binti Samsul
Amirah binti Che Mansor
Nudra Shafini binti Halis Azhan
Amalia Rahaina binti Mohamed Norazman
Khairunnissa binti Zainuddin
Siti Farhanim binti Mohd Ariffin
Wan Haziqah Juzaili binti Wan Abdul Halim
Husna binti Ab Rahim
Anis Attira binti Rosly
Wan Fairuzlina binti Zainal Abidin
Nur Fatiha binti Zainal Abidin
Siti Nornabilah
Syahirah Farhanah binti Mohamed Elias
Farah Afiqah binti Zakaria

Azib Azri bin Alias
Muhamad Fadhli bin Zulkifli
Muhammad Sharil Aiman bin Saripuddin
Ahmad Hadwan bin Mohd Yusof
Mohd Amir Firdaus bin Mohd Zaidi
Ahmad Shahir bin Mohd Yon
Haiqal Qusyairy bin Jeffry
Muhammad Zakwan bin Mohd Zin
Muhammad Syafiq bin Zainudin
Muhammad Shahmi bin Mohd Salleh
Mohd Faris bin Mohd Fauzi
Muhammad Afiq Safwan bin Zainal Abidin
Muhammad Izzatt Nur bin Murdafi
Assyamril bin Dzulkurnain


* yang tak ada nama , tolong tekan butang edit post lagi .

*sape yg post buletin ni ? tolong ngaku

20091220

Sekolah 2010

tahniah sape yang berjaya masuk 3Bijaksana 2010, haha

fyi, aku mgkin turun kelas 3S, sbb keputusan sj tah pehal cikgu ltak 0 -,-

jd, smoga happy ;)
 
TNBDownload onZenplate